.jpg)
Aiyoo! Apa kes lak dengan SS501 nih ?
Baru-baru ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita ketua kumpulan SS501, Kim Hyun Joong yang enggan menyambung kontrak bersama agensi rakaman yang menaungi mereka selama ini, DSP Entertainment sebaliknya menyertai agensi bakat, KeyEast . Hyun Joong, yang dikenali sebelum ini melalui drama Boys Over Flowers, nekad untuk menyertai KeyEast demi mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan . Keputusan mengejutkan itu dibuat sewaktu mereka masih lagi dalam rangka promosi single terbaru, Love Ya dan pada masa yang sama, kontrak SS501 sendiri bersama DSP Entertainment telah berakhir pada 7 Jun 2010 . Tidak lama selepas itu, seorang lagi ahli iaitu Park Jung Min, turut menyuarakan hasratnya untuk mengejar karier dalam bidang lakonan bersama pihak pengurusan lain, sekali gus turut meninggalkan SS501 kepada hanya 3 orang ahli iaitu Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong, dan Kim Hyung Jun . Ketiga-tiga ahli yang tinggal ini bagaimanapun berhasrat untuk kekal sebagai satu kumpulan dari meneruskan karier sebagai artis solo dan sekarang khabarnya sedang mencari pihak pengurusan baru untuk mereka . Jadi, ini bermakna kesemua ahli bukan lagi bersama DSP Entertainment, agensi yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka di industri hiburan Korea .
SS501 . please jangan berpecah . aku suka dengar lagu kau and tengok korang bersatu . aigoo' :'(
credit to : iman sofiah and pihak murai . hmm :)
No comments:
Post a Comment