the little dictionary of fashion
A
A-line : skirt berpotongan lebar pada bahagian bawahnya seperti huruf A.
Animal print : bermotifkan haiwan seperti haiwan liar harimau, zebra, cheetah atau leopard.
B
Bangles : gelang lebar atau tebal.
Basket bag : beg tangan berbentuk bakul dan biasanya diperbuat daripada bahan anyaman.
Bell bottoms : seluar panjang yang berpotongan agak lebar pada bahagian hujung kaki.
Bell sleeves : blouse yang memiliki potongan seakan akan loceng pada bahagian pergelangan tangan.
Bolero : cardigan crop top yang menutup bahagian bawah dada.
Braid bag : beg tangan yang diperbuat daripada bahan anyaman.
Bustier : gabungan bra dan korset bahan transparent yang menutupi sehingga bahagian pinggang.
C
Capri pants : seluar yang hanya menutupi sehingga pertengahan betis sahaja.
Cardigan : jaket lembut.
Choker neckline : lazimnya gown yang agak keras bentuknya pada bahagian leher. Kelihatan seolah-olah mengikut leher seperti membentuk satu lingkaran.
Clutch : beg tangan tanpa tali yang berbentuk persegi panjang.
Corduroy : kain yang mempunyai garisan-garisan timbul (vertical) pada permukaannya.
Crop pants : seluar yang menutupi sehingga bawah lutut sahaja.
Crop top : baju yang sangat pendek (potongan sehingga bawah dada) seperti T-shirt atau jaket.
D
Dress midi : gown pendek separas lutut atau pertengahan lutut.
E
Earrings : anting-anting.
F
Flare : seluar panjang atau skirt berpotongan melebar bermula dari paras paha sehingga bahagian bawah lutut.
G
Gel bra : bra yang diperbuat daripada bahan sintesis menempel pada bahagian dada sahaja. Dipakai tanpa tali dan biasanya diperlukan sewaktu korang nak mengenakan backless dress atau yang terbuka.
G-string : panty dari mineral yang sangat minimum. Hanya tertutup di bahagian depan sehingga belahan punggung.
H
Halter neck : top dengan berbentuk seperti ikatan silang di bahagian lehernya.
High waist : seluar yang menuupi sehingga bahagian atas perut.
Hoodie : jaket dengan penutup kepala.
Hot pants : seluar yang sangat pendek.
J
Jumper : T-shirt oversize yang diperbuat daripada material tebal.
L
Lace : kain yang berenda-renda.
Long sleeves : t-shirt lengan panjang.
M
Mary-jane : kasut tertutup pada bahagian depan dan mempunyai tali pada bahagian belakang kaki (pergelangan kaki)
Mermaid : Skirt atau dress yang ketat pada bahagian pinggul sehingga lutut dan mula melebar pada bahagian bawah lutut sehingga ke bawah.
N
Necklace : rantai
O
Obi : belt lebar yang diinspirasikan daripada kimono jepun. Lazimnya dipakai di bahagian tengah dress.
Open toe : kasut yang memperlihatkan bahagian hujung jari kaki tidak kiralah sama ada kasut bertumit atau tidak.
P
Pipe pants : seluar yang lebarnya sama bermula dari bahagian atas sehinggalah ke hujungnya.
Platform : kasut yang tebal tapaknya. tetapi pada bahagian tengahnya kosong.
Point shoes : kasut yang berpotongan runcing pada bahagian depannya.
Pump shoes : kasut yang berbentuk bulat pada bahagian depannya.
R
Ruffles : renda-renda yang menempel pada baju atau skirt ala-ala zaman Victorian.
S
Sabrina : top yang berpotongan lebar pada bahagian leher sehingga boleh menampakkan bahu.
T
Tube dress : dress tanpa lengan atau tali (seakan-akan berkemban) atau lebih dikenali sebagai off shoulder.
W
Wedges : kasut bertapak tebal (dari hujung sehinggalah ke bahagian tumitnya).
No comments:
Post a Comment