Sunday, November 28, 2010

SS501 tukar nama jadi SS301 ?!

 
Aiyoo! Apa kes lak dengan SS501 nih ?
 
Baru-baru ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita ketua kumpulan SS501, Kim Hyun Joong yang enggan menyambung kontrak bersama agensi rakaman yang menaungi mereka selama ini, DSP Entertainment sebaliknya menyertai agensi bakat, KeyEast . Hyun Joong, yang dikenali sebelum ini melalui drama Boys Over Flowers, nekad untuk menyertai KeyEast demi mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan . Keputusan mengejutkan itu dibuat sewaktu mereka masih lagi dalam rangka promosi single terbaru, Love Ya dan pada masa yang sama, kontrak SS501 sendiri bersama DSP Entertainment telah berakhir pada 7 Jun 2010 . Tidak lama selepas itu, seorang lagi ahli iaitu Park Jung Min, turut menyuarakan hasratnya untuk mengejar karier dalam bidang lakonan bersama pihak pengurusan lain, sekali gus turut meninggalkan SS501 kepada hanya 3 orang ahli iaitu Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong, dan Kim Hyung Jun . Ketiga-tiga ahli yang tinggal ini bagaimanapun berhasrat untuk kekal sebagai satu kumpulan dari meneruskan karier sebagai artis solo dan sekarang khabarnya sedang mencari pihak pengurusan baru untuk mereka . Jadi, ini bermakna kesemua ahli bukan lagi bersama DSP Entertainment, agensi yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka di industri hiburan Korea .
 
SS501 . please jangan berpecah . aku suka dengar lagu kau and tengok korang bersatu . aigoo'  :'(
 
credit to : iman sofiah and pihak murai . hmm :)

Saturday, November 27, 2010

My Husband XP

HJL

Kim Hyun Joong
  • Korean:김현중  Chinese: 金賢重
  • SS501 Leader
  • Nickname: dog or cow ( HAHA )
  • Birthday: 06/06/1986
  • Zodiac: gemini
  • Seoul origin
  • Height: 183cm
  • Weight:63kg
  • Blood type:B
  • Education: Kyonggi University, Department of electronic digital music
  • Family member : Parents, Elder brother
  • Hobbies : swimming, workout, basketball, football
  • Talents : guitar, paino
  • idol : Lee Hyori and Nor Atieqah (!)
  • dream girl : straightforward, like friend
  • own body part that like most : eyes
  • motto : You can only live once
  • In 2008 starred in MBC variety show, “We got married”; 2009 Korean Drama Boys Over Flowers (South Korean version of “Meteor Garden”), which of Yoon Ji-Hoo
Photos of Kim Hyun Joong :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket
( cuba bayangkan kalau KIM HYUN JOONG jadi macam nih ) arhh !

Photobucket
( Kim Hyun Joong dengan aku dekat Beansbins Coffee, Korea ) HAHAHA !
berangan je lebih . haiyoo !

Nanti Kim Hyun Joong datang Pavi - 4 Dec 2010 . nak pergi nak pergi . Hope dapat pergi nanti . hehe . Dia nak promote TheFaceShop KOWT . HAHA . Tak tahu laa . Yang penting aku dapat pergi Pavi and jumpa dia !
Muahh muahh ! ILOVEYOU KIM HYUN JOONG <3 <3

nak tahu lebih lanjut pasal SS501 ? tekan sini !

Friday, November 26, 2010

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh

sinopsis : Aku Tak Bodoh

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya.

tengok nih !

Fashion Dictionary XP


the little dictionary of fashion
A
A-line : skirt berpotongan lebar pada bahagian bawahnya seperti huruf A.
Animal print : bermotifkan haiwan seperti haiwan liar harimau, zebra, cheetah atau leopard.

B
Bangles : gelang lebar atau tebal.
Basket bag : beg tangan berbentuk bakul dan biasanya diperbuat daripada bahan anyaman.
Bell bottoms : seluar panjang yang berpotongan agak lebar pada bahagian hujung kaki.
Bell sleeves : blouse yang memiliki potongan seakan akan loceng pada bahagian pergelangan tangan.
Bolero : cardigan crop top yang menutup bahagian bawah dada.
Braid bag : beg tangan yang diperbuat daripada bahan anyaman.
Bustier : gabungan bra dan korset bahan transparent yang menutupi sehingga bahagian pinggang.

C
Capri pants : seluar yang hanya menutupi sehingga pertengahan betis sahaja.
Cardigan : jaket lembut.
Choker neckline : lazimnya gown yang agak keras bentuknya pada bahagian leher. Kelihatan seolah-olah mengikut leher seperti membentuk satu lingkaran.
Clutch : beg tangan tanpa tali yang berbentuk persegi panjang.
Corduroy : kain yang mempunyai garisan-garisan timbul (vertical) pada permukaannya.
Crop pants : seluar yang menutupi sehingga bawah lutut sahaja.
Crop top : baju yang sangat pendek (potongan sehingga bawah dada) seperti T-shirt atau jaket.

D
Dress midi : gown pendek separas lutut atau pertengahan lutut.

E
Earrings : anting-anting.

F
Flare : seluar panjang atau skirt berpotongan melebar bermula dari paras paha sehingga bahagian bawah lutut.

G
Gel bra : bra yang diperbuat daripada bahan sintesis menempel pada bahagian dada sahaja. Dipakai tanpa tali dan biasanya diperlukan sewaktu korang nak mengenakan backless dress atau yang terbuka.
G-string : panty dari mineral yang sangat minimum. Hanya tertutup di bahagian depan sehingga belahan punggung.

H
Halter neck : top dengan berbentuk seperti ikatan silang di bahagian lehernya.
High waist : seluar yang menuupi sehingga bahagian atas perut.
Hoodie : jaket dengan penutup kepala.
Hot pants : seluar yang sangat pendek.

J
Jumper : T-shirt oversize yang diperbuat daripada material tebal.

L
Lace : kain yang berenda-renda.
Long sleeves : t-shirt lengan panjang.

M
Mary-jane : kasut tertutup pada bahagian depan dan mempunyai tali pada bahagian belakang kaki (pergelangan kaki)
Mermaid : Skirt atau dress yang ketat pada bahagian pinggul sehingga lutut dan mula melebar pada bahagian bawah lutut sehingga ke bawah.

N
Necklace : rantai

O
Obi : belt lebar yang diinspirasikan daripada kimono jepun. Lazimnya dipakai di bahagian tengah dress.
Open toe : kasut yang memperlihatkan bahagian hujung jari kaki tidak kiralah sama ada kasut bertumit atau tidak.

P
Pipe pants : seluar yang lebarnya sama bermula dari bahagian atas sehinggalah ke hujungnya.
Platform : kasut yang tebal tapaknya. tetapi pada bahagian tengahnya kosong.
Point shoes : kasut yang berpotongan runcing pada bahagian depannya.
Pump shoes : kasut yang berbentuk bulat pada bahagian depannya.

R
Ruffles : renda-renda yang menempel pada baju atau skirt ala-ala zaman Victorian.

S
Sabrina : top yang berpotongan lebar pada bahagian leher sehingga boleh menampakkan bahu.

T
Tube dress : dress tanpa lengan atau tali (seakan-akan berkemban) atau lebih dikenali sebagai off shoulder.

W
Wedges : kasut bertapak tebal (dari hujung sehinggalah ke bahagian tumitnya).

Tuesday, November 23, 2010

24 ciri-ciri orang menyintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

*info by : artikel cinta*

Sunday, November 21, 2010

blog . blog . blog !

heyy dude ! :D
yeah ! new blog . HAHA !
orang lain da banyak story, aku baru buat blog . HAHA !
harapharap story aku best buat korang yang baca ! kayy ?